Friday, 1 March 2013

Berilmu Tetapi Tidak Berakhlaq?


Kes 1 :

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid'ah, engkau sesat!



Kes 2 :

Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya. Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.
...........................................................................................................................................................................

Tahu dan Faham

Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.

TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

Allah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?

Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."
(Surah az Zumar : 9)

Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a :
Sesungguhnya Nabi SAW telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad.
(Riwayat Bukhari)

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

Allahu..Allah..

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan Allah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi Allah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan Allah.

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (٢٨

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh Allah.


Penulis : IbnuNafis

Thursday, 28 February 2013

Hebahan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza Mac 2013




"Sambutan maulid telah dilakukan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, cuma panggilan sambutan itu sahaja yang berbeza. Akan tetapi intipati sambutan itu masih sama dengan zaman kita sekarang."
(Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)



InsyaAllah Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza akan diadakan pada Jumaat ini (1 Mac 2013) di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Majlis kali ini akan bermula awal sedikit iaitu pada pukul 9 malam. InsyaAllah akan dihadiri oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.



Sunday, 17 February 2013

Penegasan dalam Menutut Ilmu



"Jangan sampai kita mengambil ilmu yang bukan dari ahlinya. Ambillah ilmu dari orang yang mengamalkan ilmunya, yang takut kepada Allah jangan mengambil ilmu dari sembarangan orang dan di sembarangan tempat"

- Kalam Al-Allamah al-Faqih Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Smith -

"Hakikat orang yang beriman"



"Sifat hakikat orang yang beriman jika terlintas dalam hati mereka sedikit cerita tentang Nabi Muhammad SAW tergerak dari batin mereka rasa tunduk kepada Allah SWT, jika mereka teringat kelahirannya, pernikahannya, perutusannya sebagai Rasulullah, isra' mi'rajnya, kesabarannya, hijrahnya dan peperangannya, atau mereka teringat bicaranya, mu'amalahnya, akhlaknya dan wafatnya, bangkit cahaya keyakinan di hati mereka, bertambah di dalam hatinya makna pengagungan kepada Allah Ta'aka dan bertambah cinta serta rasa untuk memuliakan nabinya iaitu Sayyiduna Muhammad SAW.."


~Habib Umar bin Hafiz~

Thursday, 14 February 2013

Hati Yang Disukai Allah SWT



Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahu Wajhah berkata :

"Allah mempunyai 'bekas' di atas muka bumi ini. Yang dimaksudkan dengan bekas yang boleh menempatkan Allah SWT itu adalah HATI. Hati yang paling disukai oleh Allah SWT adalah:

yang paling KUAT, 
yang paling LEMBUT, 
kemudian yang paling HALUS. 

Yang kuat dalam keyakinan, yang lembut kepada kaum mukminin dan berpegang teguh kepada agama"


-  tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid -


Friday, 8 February 2013

Senarai Majlis Ilmu dan Mahabbah Rasulullah [ Februari 2013]



Assalamu'alaikum ...

sedikit perkongsian mengenai Majlis Ilmiah dan Mahabbah Rasulullah sepanjang Februari 2013.

Wallahu'alam.


1 FEBRUARI 2013










3 FEBRUARI 2013





9 FEBRUARI 2013














11 FEBRUARI 2013





12 FEBRUARI 2013










14 FEBRUARI 2013









15 FEBRUARI 2013









16 FEBRUARI 2013







17 FEBRUARI 2013














22 FEBRUARI 2013









23 FEBRUARI 2013






24 FEBRUARI 2013









25 FEBRUARI 2013









27 FEBRUARI 2103






Moga-moga Allah memberi kita kesempatan untuk sama-sama menghadiri Majlis-Majlis yang bilamana kita berhimpun mengingati Allah dan Rasulullah SAW, maka para malaikat akan turut berhimpun dan mendoakan kesejahteraan kita. Insya Allah

Thursday, 3 January 2013

Untaian kata-kata al Habib Ali Zainal Abidin



Untaian kata-kata al Habib Ali Zainal Abidin




“Jangan kamu berjalan sambil mengangkat dada (bangga), sentiasalah pandang ke bawah (tanah).”


“Ya Hana Na.. Betapa beruntungnya kita kerana dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW..”


“Membela rambut (bagi lelaki) kerana ingin mengikut/meniru kepada Rasulullah SAW, perlulah jujur dan bukan kerana trend.”


“Orang yang ilmunya cetek, akan merasa hebat atas segala ibadatnya.”


“Gambaran di hari kiamat, anak dan ayah sudah tidak mempedulikan satu sama lain, masing-masing mahu menyelamatkan diri.”



“Tanda kecintaan kepada Allah dan Rasulnya, ialah dengan menggunakan harta dijalan Allah.”


“Selepas menceritakan tentang Rasulullah, digalakkan kita beristighfar kerana takut apa yang kita ceritakan itu tak sesuai disisi Allah.”


“Allah memerangi kepada mereka yang mengamalkan riba.”



Kata ulama waktu itu mungkin (waktu doa mustajab pada jumaat), selepas subuh, sebelum khutbah, antara dua khutbah, selepas khutbah, selepas asar.”





“Bilamana kamu bersyukur kepada Allah maka Allah akan tambahkan lagi rezeki kamu.”



“Kita ini banyak complain dari banyak bersyukur.”



“Bersahabat dengan orang-orang yang soleh akan membuatkan kita rapat kepada Allah SWT.”


“Barangsiapa yang hadirkan satu niat yg baik, maka ALLAH SWT akan membukakan baginya 70 lagi pintu kebaikan yg lain.”



“Walaupun hanya sehelai daun yang jatuh dari pokok, ia bukan ciptaan yang sia-sia.”




“Digalakkan utk hadir ke suatu tempat bilamana mengetahui mereka yg dekat dgn ALLAH SWT hadir di situ.”




“Lazimkan diri dgn perkara-perkara baik utk perolehi penghujung yang baik (khusnul khotimah)”




“Orang yang dipuji oleh Allah, adalah orang yang menahan marahnya.”



“Tiada permasalahan yg kita alami didunia ini yg tiada cara penyelesaiannya, semuanya pasti ada cara jalan penyelesaiannya.”




“Jika dapat nikmat, kita syukur dan kita sabar. Jika dapat musibah, kita sabar dan kita syukur.”




"Orang yang dapat mengubati penyakit hati, ianya bukan ada di hospital, bukan ada di klinik, tetapi ada pada baginda Rasulullah SAW.



"Bilamana kamu mahu memuji seorg budak kecil kerana kecomelannya, hendaklah berkata 'MasyaAllah' terlebih dahulu.”



"Kehadiran para ulamak adalah umpama hujan yang menghidupkan hati-hati yang keras,
yang perlu disirami dengan siraman kerohanian… "



"Jika mahu mengamalkan sesuatu sunnah, amal sikit-sikit dahulu, takut hari ni buat semua, esok demam, lusa tak buat dah.."



“Tanda seseorang itu cinta kepada Rasulullah SAW, dia sentiasa mengikuti segala sunnah Rasulullah dalam apa kerja sekalipun.”



“Jika kamu mahu seseorang itu berubah, jangan pernah berhenti berdoa untuknya.”



“Nabi bersabda: Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, maka kamu akan banyak menangis dari banyak ketawa.”



“Bagaimana mahu berada dekat dengan Rasulullah SAW di sana (di akhirat) jika di sini (di dunia) tidak mahu dekat dengan Rasulullah?”




“Bergembiralah pada bulan kelahiran Rasulullah SAW. Perbanyakkan selawat, menyebutkan keperibadian Rasulullah SAW.”



“Membela rambut (bagi lelaki) kerana ingin mengikut / meniru kepada Rasulullah SAW, perlulah jujur dan bukan kerana trend.”



“Pada hari Jumaat ada satu waktu dimana bila berdoa, doa tidak akan ditolak.”



"Takkan sempurna iman seseorang kecuali dengan mencintai, menyayangi baginda Rasulullah SAW"



"Orang yang paling dekat dengan Allah, adalah orang yang banyak manfaatnya kepada orang lain."



"Kita berzikir kepada Allah, Allah berzikir nama kita."



“Tanda seseorang itu cinta kepada Rasulullah SAW, dia sentiasa mengikuti segala sunnah Rasulullah dalam apa kerja sekalipun.”



“Bilamana kamu mahu memuji seorang budak kecil kerana kecomelannya, hendaklah berkata 'MasyaAllah' terlebih dahulu.”



"Kehadiran para ulamak adalah umpama hujan yang menghidupkan hati-hati yang keras, yang perlu disirami dengan siraman kerohanian… "



"Rida' itu adalah kain yg diletakkan di bahu. tidak jadi masalah jika digunakan untuk menjadi alas ketika sujud DENGAN SYARAT, rida' itu tidak turut bergerak ketika kamu bersujud"



"Allah larang orang memanggil Rasulullah dengan panggilan 'Muhammad' sahaja. sedangkan dalam al Quran Allah memanggil Rasulullah dengan gelaran yang baik"



"keinginan Rasulullah untuk bertemu dengan kita MELEBIHI keinginan umat zaman tersebut untuk bertemu Rasulullah"



"Ummu Sulaim mnceritakan bahawa keringat Rasulullah umpama kilauan mutiara. lalu diambil olehnya (Ummu Sulaim) untuk dijadikan barakah buat anak-anaknya"



“Bilamana ada orang memuji kita, lihatlah kekurangan diri kita.”