1) Rasulullah s.a.w menangis apabila Ibrahim meninggal dunia
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَال : " دَخَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَيْفٍ الْقَيْنِ ، وَكَانَ ظِئْرًا لِإِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِبْرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ ، ثُمَّ دَخَلْنَا عَلَيْهِ بَعْدَ ذَلِكَ وَإِبْرَاهِيمُ يَجُودُ بِنَفْسِهِ ، فَجَعَلَتْ عَيْنَا رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَذْرِفَانِ , فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ , فَقَالَ : يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى ، فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ "
Anas bin Malik r.a berkata:
“Kami bersama Rasulullah s.a.w pergi menemui Abu Saif Al Qayyinn yang (isterinya) telah mengasuh Ibrahim r.a (anak lelaki Rasulullah s.a.w) Lalu Rasulullah s.a.w mengambil Ibrahim r.a dan menciumnya. Kemudian setelah itu pada waktu yang lain kami mengunjunginya sedangkan Ibrahim telah meninggal. Hal ini menyebabkan kedua mata Rasulullah s.a.w berlinangan air mata. Lalu berkatalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf r.a kepada baginda s.a.w : “Engkau menangis wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab, “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya (tangisan) ini adalah rahmat (lambang kasih sayang),” lalu diikuti dengan tangisan. Kemudian baginda s.a.w bersabda, “Sesungguhnya kedua mata telah mencucurkan air mata, hati telah bersedih, tetapi kami tidak akan menyebut apa-apa kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Kami dengan perpisahan ini wahai Ibrahim sangatlah bersedih”. [Sahih al-Bukhari : 1227]
2) Rasulullah s.a.w dikudai cucunya ketika solat ;
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَدَّادٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ : الظُّهْرِ أَوْ الْعَصْرِ ، وَهُوَ حَامِلٌ الْحَسَنَ أَوْ الْحُسَيْنَ ، ،فَتَقَدَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ ثُمَّ كَبَّرَ لِلصَّلَاةِ ، فَصَلَّى ، فَسَجَدَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِهِ سَجْدَةً أَطَالَهَا فَقَالَ : إِنِّي رَفَعْتُ رَأْسِي ، فَإِذَا الصَّبِيُّ عَلَى ظَهْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ سَاجِدٌ ، فَرَجَعْتُ فِي سُجُودِي ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ ، قَالَ النَّاسُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّكَ سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ صَلَاتِكَ هَذِهِ سَجْدَةً قَدْ أَطَلْتَهَا ، , فَظَنَنَّا أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْرٌ ، أَوْ أَنَّهُ قَدْ يُوحَى إِلَيْكَ قَالَ : " فَكُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ ، وَلَكِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي ، فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ " .
عَنِ الْحَسَنِ ، أَخْبَرَنِي أَبُو بَكْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي ، فَإِذَا سَجَدَ وَثَبَ الْحَسَنُ عَلَى ظَهْرِهِ وَعَلَى عُنُقِهِ ، فَيَرْفَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفْعًا رَفِيقًا لِئَلَّا يُصْرَعَ ، قَالَ : فَعَلَ ذَلِكَ غَيْرَ مَرَّةٍ ، فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَ بالْحَسَنِ شَيْئًا مَا رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَهُ ! قَالَ : " إِنَّهُ رَيْحَانَتِي مِنَ الدُّنْيَا ، وَإِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ ، وَعَسَى اللَّهُ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ مِنَ الْمُسْلِمِينَ " .
Syaddad r.a berkata : Rasulullah s.a.w keluar untuk (solat jemaah) bersama kami pada salah satu solat di waktu petang, (tidak pasti) Zuhur atau Asar. Baginda s.a.w sedang mendukung (cucunya) iaitu Hasan atau Hussain r.a. Baginda s.a.w bergerak ke hadapan (untuk menjadi imam) dan meletakkan cucunya. Kemudian baginda s.a.w mengangkat takbir untuk solat, lalu mendirikan solat. Baginda s.a.w sujud di tengah-tengah solatnya dengan sujud yang sangat panjang. Syaddad r.a berkata : Aku pun mengangkat kepala aku, dan aku melihat kanak-kanak tadi berada di atas belakang Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w sedang sujud. Aku pun kembali sujud. Apabila Rasulullah s.a.w selesai mendirikan solat, para jemaah bertanya : Ya Rasulullah! Sesungguhnya engkau telah sujud di tengah-tengah solat mu dengan sujud yang panjang. Kami menyangka sesuatu telah berlaku, atau wahyu telah dihantar kepada engkau. Rasulullah s.a.w menjawab : Semua itu tidak berlaku. Sebaliknya cucu aku ini sedang menunggang ku. Aku tidak suka untuk segera (bangkit) sehingga dia telah selesai menunaikan hajatnya. [Musnad Ahmad : 15704]
Abu Bakrah r.a menceritakan: Rasulullah s.a.w mendirikan solat, apabila baginda s.a.w sujud, Al-Hasan melompat ke atas belakang dan tengkuknya. Rasulullah s.a.w pun bangkit (daripada sujud) dengan lembut supaya Al-Hasan tidak jatuh, Baginda s.a.w melakukan hal itu bukan hanya sekali. Apabila selesai solatnya, para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, kami melihat engkau memperlakukan Al-Hasan dengan cara yang tidak pernah kami lihat engkau melakukannya. Rasulullah s.a.w menjawab : Dia adalah permata hati ku di dunia ini. Sesungguhnya cucuku ini seorang sayyid (pemimpian), boleh jadi Allah akan mendamaikan dua kaum Muslimin dengan cucuku ini. [Musnad Ahmad : 20027]
3) Rasulullah s.a.w suka mencium cucunya;
: " قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا ، فَقَالَ الْأَقْرَعُ : إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا ، فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ : " مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ "
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w mencium Al-Husain bin ‘Ali r.a, dan sedang duduk berhampiran baginda s.a.w adalah Al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi r.a. Al-Aqra’ r.a berkata : Aku mempunyai sepuluh orang anak, aku tidak pernah cium walaupun seorang daripada mereka. Rasulullah s.a.w melihat kepadanya kemudian bersabda: Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi [Sahih al-Bukhari : 5567]
4) Kemesraan Rasulullah s.a.w dengan cucunya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سُوقٍ مِنْ أَسْوَاقِ الْمَدِينَةِ فَانْصَرَفَ فَانْصَرَفْتُ ، فَقَالَ : " أَيْنَ لُكَعُ ثَلَاثًا ، ادْعُ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ " ، فَقَامَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ يَمْشِي وَفِي عُنُقِهِ السِّخَابُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بِيَدِهِ هَكَذَا ، فَقَالَ الْحَسَنُ : بِيَدِهِ هَكَذَا فَالْتَزَمَهُ ، فَقَالَ : " اللَّهُمَّ إِنِّي أُحِبُّهُ فَأَحِبَّهُ وَأَحِبَّ مَنْ يُحِبُّهُ " ، وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ ، فَمَا كَانَ أَحَدٌ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ ، بَعْدَ مَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قَالَ .
Abu Hurairah berkata : Aku bersama-sama Rasulullah s.a.w berada di pasar Madinah. Apabila Rasulullah s.a.w beredar, aku pun beredar. Nabi s.a.w bersabda : Di manakah si kecil (iaitu Hasan r.a) ? Sebanyak tiga kali. Al-Hasan r.a pun bangun dan berjalan, di lehernya terdapat kalung, Nabi s.a.w pun membuka tangannya, dan Al-Hasan pun melakukan hal yang sama, Rasulullah s.a.w mendekati Al-Hasan. Baginda s.a.w bersabda : Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, cintailah dia, dan cintailah orang yang mencintainya. Abu Hurairah r.a berkata : Tiada siapa yang lebih dicintai ku daripada Al-Hasan bin ‘Ali r.a selepas apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w tersebut. [Sahih al-Bukhari : 5463]
5) Rasulullah s.a.w dan anak sulung Abu Musa r.a ;
عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : " وُلِدَ لِي غُلَامٌ فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ ، فَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ ، وَدَفَعَهُ إِلَيَّ وَكَانَ أَكْبَرَ وَلَدِ أَبِي مُوسَى "
Abu Musa al-Asyaari r.a berkata : Aku memperolehi seorang anak lelaki, lalu aku terus pergi menemui Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w menamakannya Ibrahim, mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Kemudian baginda s.a.w menyerahkannya kepada aku. Anak itu merupakan anak sulung Abu Musa [Sahih al-Bukhari : 5759]
6) Rasulullah s.a.w bergurau dengan Abu Umair;
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا ، وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ : أَبُو عُمَيْرٍ قَالَ : أَحْسِبُهُ فَطِيمًا ، وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ : يَا أَبَا عُمَيْرٍ ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ ، فَرُبَّمَا حَضَرَ الصَّلَاةَ وَهُوَ فِي بَيْتِنَا ، فَيَأْمُرُ بِالْبِسَاطِ الَّذِي تَحْتَهُ فَيُكْنَسُ وَيُنْضَحُ ، ثُمَّ يَقُومُ وَنَقُومُ خَلْفَهُ ، فَيُصَلِّي بِنَا "
Anas bin Malik r.a berkata : Nabi s.a.w merupakan manusia yang paling bagus akhlaknya. Aku mempunyai seorang adik yang dipanggil Abu ‘Umair yang baru sahaja tamat tempoh menyusu. Apabila baginda s.a.w datang, baginda s.a.w akan bertanya : Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh An-Nughair (seekor burung kecil) iaitu burung kecil yang sering dia main dengannya. Apabila masuknya waktu solat dan ketika itu baginda s.a.w berada di rumah kami, Baginda s.a.w akan menyuruh agar tikar yang ada dibawahnya di sapu dan dipercikkan air, Kemudian baginda s.a.w akan berdiri, dan kami akan berdiri di belakangnya. Kemudian baginda s.a.w akan mendirikan solat bersama kami. [Sahih al-Bukhari : 5764]
7) Rasulullah s.a.w mendukung Umamah r.a ketika solat;
عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ ، يَقُولُ :" بَيْنَا نَحْنُ فِي الْمَسْجِدِ جُلُوسٌ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَمْ يَحْمِلُ أُمَامَةَ بِنْتَ أَبِي الْعَاصِ بْنِ الرَّبِيعِ ، وَأُمُّهَا زَيْنَبُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهِيَ صَبِيَّةٌ ، يَحْمِلُهَا عَلَى عَاتِقِهِ ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ عَلَى عَاتِقِهِ يَضَعُهَا إِذَا رَكَعَ وَيُعِيدُهَا إِذَا قَامَ ، حَتَّى قَضَى صَلاتَهُ ، يَفْعَلُ ذَلِكَ بِهَا "
'Amru bin Sulaim ar-Ruzaqi mendengar Abu Qatadah r.a berkata: Ketika kami sedang duduk-duduk di masjid, Rasulullah s.a.w keluar menemui kami sambil mendukung Umamah binti Abi Al-As bin Ar-Rabi', ibunya ialah Zainab binti Rasulullah s.a.w. Ketika itu Umamah masih bayi. Baginda s.a.w mendukungnya di atas bahu baginda s.a.w, Rasulullah s.a.w pun solat dalam keadaan Umamah r.a berada di atas bahunya. Baginda s.a.w akan meletakkannya (di bawah) apabila baginda s.a.w ruku', dan mengembalikan dia (di atas bahu baginda s.a.w) apabila baginda s.a.w berdiri. Rasulullah s.a.w melakukan sedemikian rupa sehinggalah baginda s.a.w menyelesaikan solatnya.
[As-Sunan Al-Kubra Lil Baihaqi : 558]
8) Rasulullah s.a.w mendahulukan kanak-kanak daripada orang dewasa;
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِشَرَابٍ ، وَعَنْ يَمِينِهِ غُلَامٌ ، وَعَنْ يَسَارِهِ أَشْيَاخٌ ، فَقَالَ لِلْغُلَامِ : أَتَأْذَنُ لِي أَنْ أُعْطِيَ هَؤُلَاءِ ، فَقَالَ الْغُلَامُ : لَا ، وَاللَّهِ لَا أُوثِرُ بِنَصِيبِي مِنْكَ أَحَدًا " فَتَلَّهُ فِي يَدِهِ عَنْ أَبِيهِ أَبِي قَتَادَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِنِّي لَأَقُومُ فِي الصَّلَاةِ أُرِيدُ أَنْ أُطَوِّلَ فِيهَا ،
Sahl bin Sa’ad r.a meriwayatkan Rasulullah s.aw diberikan minuman. Di kanannya ada seorang budak lelaki, manakala di kirinya beberapa orang tua. Rasulullah s.a.w bertanya kepada budak lelaki itu : Adakah engkau mengizinkan aku untuk memberikan minuman ini kepada mereka? Budak lelaki itu pun menjawab : Tidak. Demi Allah aku tidak akan mendahulukan orang lain ke atas diri ku untuk apa-apa yang datang daripada mu. Maka Rasulullah s.a.w pun meletakkan minuman itu di tangan budak lelaki tersebut. [Sahih al-Bukhari : 2428]
9) Rasulullah s.a.w meringkaskan solat kerana tangisan kanak-kanak
Abu Qatadah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku mengimami sekumpulan manusia dalam solat, dan aku mahu memanjangkan solat itu, Lalu aku terdengar tangisan seorang bayi, aku pun meringkaskan solat aku kerana aku takut ia akan merisaukan ibu bayi tersebut. [Sahih al-Bukhari : 670]
10) Rasulullah s.a.w menghentikan khutbah kerana melihat cucunya;
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ ، فَجَاءَ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ عَلَيْهِمَا قَمِيصَانِ أَحْمَرَانِ يَعْثُرَانِ فِيهِمَا ، فَنَزَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَطَعَ كَلامَهُ ، فَحَمَلَهُمَا ، ثُمَّ عَادَ إِلَى الْمِنْبَرِ ، ثُمَّ قَالَ : " صَدَقَ اللَّهُ إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ (سورة التغابن آية 15) ، رَأَيْتُ هَذَيْنِ يَعْثُرَانِ فِي قَمِيصَيْهِمَا فَلَمْ أَصْبِرْ حَتَّى قَطَعْتُ كَلامِي فَحَمَلْتُهُمَا" .
Buraidah r.a berkata: Nabi s.a.w sedang berkhutbah. Tiba-tiba datang al-Hasan dan al-Husain r.a yang sedang memakai baju berwarna merah dan mereka bertatih berjalan, Rasulullah s.a.w pun turun (dari mimbar) dan menghentikan khutbahnya. Rasulullah s.a.w mengangkat kedua-duanya, kemudian kembali ke mimbar. Kemudian baginda s.a.w menyebut : Sungguh benar perkataan Allah. Sesungguhnya harta-harta kalian dan anak-anak kalian adalah ujian [at-Taghabun : 15]. Aku melihat kedua cucuku ini bertatih berjalan dalam pakaian mereka, aku tidak sabar, lalu kerana itu aku menghentikan khutbahku dan mengangkat mereka berdua. [Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra : 1721]
11) Rasulullah s.a.w mengajar adab makan kepada kanak-kanak
عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ ، يَقُولُ : كُنْتُ غُلَامًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا غُلَامُ ، سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ " .
‘Umar bin Abi Salamah r.a berkata: Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah s.a.w, satu ketika tangan ku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah s.a.w bersabda kepada ku: Wahai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan mu, dan makanlah apa yang hampir pada mu. [Sahih al-Bukhari : 4984]
Sunday, 27 October 2013
Friday, 1 March 2013
Berilmu Tetapi Tidak Berakhlaq?
Kes 1 :
Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu
belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz
sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan
sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada
salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah
cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan
pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.
Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid
adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling
kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling
sahih dan terkuat.
Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut,
tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan
aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang
terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari
kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.
Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu
haram, ini bid'ah, engkau sesat!
Kes 2 :
Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang
adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana
silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya.
Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan
dirinya yang jahil itu adalah benar.
...........................................................................................................................................................................
Tahu dan Faham
Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu
hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit.
Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa
betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.
TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya
tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula
apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.
Allah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang
baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati
sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan
untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al
Quran?
Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah,
alim ulama kerana keutamaan mereka.
قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ
يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَۗ
إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang
yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya
orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang
yang berakal sempurna."
(Surah az Zumar : 9)
Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan
adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah
dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak
mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.
Dari Jabir r.a :
Sesungguhnya Nabi SAW telah menghimpunkan antara dua orang
lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di
kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih
banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari
keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad.
(Riwayat Bukhari)
Hakikat Ilmu Yang Kita Ada
Allahu..Allah..
Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya
ilmu manusia tiada yang banyak melainkan Allah yang Empunya Ilmu), masih
bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi
Allah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi
rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain.
Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang
takutkan Allah.
إِنَّمَا
يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ
ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ
غَفُورٌ (٢٨
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar
perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah al Fatir : 28)
Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya
itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan
apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu
tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di
dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita
berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada
juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.
Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu
yang diberi oleh Allah.
Penulis : IbnuNafis
Thursday, 28 February 2013
Hebahan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza Mac 2013
"Sambutan maulid telah dilakukan sejak zaman Rasulullah
S.A.W lagi, cuma panggilan sambutan itu sahaja yang berbeza. Akan tetapi
intipati sambutan itu masih sama dengan zaman kita sekarang."
(Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)
InsyaAllah Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza akan
diadakan pada Jumaat ini (1 Mac 2013) di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa,
Kuala Lumpur.
Majlis kali ini akan bermula awal sedikit iaitu pada pukul 9
malam. InsyaAllah akan dihadiri oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
Sunday, 17 February 2013
Penegasan dalam Menutut Ilmu
"Jangan sampai kita mengambil ilmu yang bukan dari ahlinya. Ambillah ilmu dari orang yang mengamalkan ilmunya, yang takut kepada Allah jangan mengambil ilmu dari sembarangan orang dan di sembarangan tempat"
- Kalam Al-Allamah al-Faqih Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Smith -
"Hakikat orang yang beriman"
"Sifat hakikat orang yang beriman jika terlintas dalam hati mereka sedikit cerita tentang Nabi Muhammad SAW tergerak dari batin mereka rasa tunduk kepada Allah SWT, jika mereka teringat kelahirannya, pernikahannya, perutusannya sebagai Rasulullah, isra' mi'rajnya, kesabarannya, hijrahnya dan peperangannya, atau mereka teringat bicaranya, mu'amalahnya, akhlaknya dan wafatnya, bangkit cahaya keyakinan di hati mereka, bertambah di dalam hatinya makna pengagungan kepada Allah Ta'aka dan bertambah cinta serta rasa untuk memuliakan nabinya iaitu Sayyiduna Muhammad SAW.."
~Habib Umar bin Hafiz~
Thursday, 14 February 2013
Hati Yang Disukai Allah SWT
Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahu Wajhah berkata :
"Allah mempunyai 'bekas' di atas muka bumi ini. Yang dimaksudkan dengan bekas yang boleh menempatkan Allah SWT itu adalah HATI. Hati yang paling disukai oleh Allah SWT adalah:
yang paling KUAT,
yang paling LEMBUT,
kemudian yang paling HALUS.
Yang kuat dalam keyakinan, yang lembut kepada kaum mukminin dan berpegang teguh kepada agama"
- tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid -
Friday, 8 February 2013
Senarai Majlis Ilmu dan Mahabbah Rasulullah [ Februari 2013]
Assalamu'alaikum ...
sedikit perkongsian mengenai Majlis Ilmiah dan Mahabbah Rasulullah sepanjang Februari 2013.
Wallahu'alam.
1 FEBRUARI 2013
3 FEBRUARI 2013
9 FEBRUARI 2013
11 FEBRUARI 2013
12 FEBRUARI 2013
15 FEBRUARI 2013
16 FEBRUARI 2013
23 FEBRUARI 2013
24 FEBRUARI 2013
25 FEBRUARI 2013
27 FEBRUARI 2103
Moga-moga Allah memberi kita kesempatan untuk sama-sama menghadiri Majlis-Majlis yang bilamana kita berhimpun mengingati Allah dan Rasulullah SAW, maka para malaikat akan turut berhimpun dan mendoakan kesejahteraan kita. Insya Allah
Thursday, 3 January 2013
Untaian kata-kata al Habib Ali Zainal Abidin
Untaian kata-kata al Habib Ali Zainal Abidin
“Jangan kamu berjalan sambil mengangkat dada (bangga), sentiasalah pandang ke bawah (tanah).”
“Ya Hana Na.. Betapa beruntungnya kita kerana dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW..”
“Membela rambut (bagi lelaki) kerana ingin mengikut/meniru kepada Rasulullah SAW, perlulah jujur dan bukan kerana trend.”
“Orang yang ilmunya cetek, akan merasa hebat atas segala ibadatnya.”
“Gambaran di hari kiamat, anak dan ayah sudah tidak mempedulikan satu sama lain, masing-masing mahu menyelamatkan diri.”
“Tanda kecintaan kepada Allah dan Rasulnya, ialah dengan menggunakan harta dijalan Allah.”
“Selepas menceritakan tentang Rasulullah, digalakkan kita beristighfar kerana takut apa yang kita ceritakan itu tak sesuai disisi Allah.”
“Allah memerangi kepada mereka yang mengamalkan riba.”
Kata ulama waktu itu mungkin (waktu doa mustajab pada jumaat), selepas subuh, sebelum khutbah, antara dua khutbah, selepas khutbah, selepas asar.”
“Ya Hana Na.. Betapa beruntungnya kita kerana dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW..”
“Membela rambut (bagi lelaki) kerana ingin mengikut/meniru kepada Rasulullah SAW, perlulah jujur dan bukan kerana trend.”
“Orang yang ilmunya cetek, akan merasa hebat atas segala ibadatnya.”
“Gambaran di hari kiamat, anak dan ayah sudah tidak mempedulikan satu sama lain, masing-masing mahu menyelamatkan diri.”
“Tanda kecintaan kepada Allah dan Rasulnya, ialah dengan menggunakan harta dijalan Allah.”
“Selepas menceritakan tentang Rasulullah, digalakkan kita beristighfar kerana takut apa yang kita ceritakan itu tak sesuai disisi Allah.”
“Allah memerangi kepada mereka yang mengamalkan riba.”
Kata ulama waktu itu mungkin (waktu doa mustajab pada jumaat), selepas subuh, sebelum khutbah, antara dua khutbah, selepas khutbah, selepas asar.”
“Bilamana kamu bersyukur kepada Allah maka Allah akan tambahkan lagi rezeki kamu.”
“Kita ini banyak complain dari banyak bersyukur.”
“Bersahabat dengan orang-orang yang soleh akan membuatkan kita rapat kepada Allah SWT.”
“Barangsiapa yang hadirkan satu niat yg baik, maka ALLAH SWT akan membukakan baginya 70 lagi pintu kebaikan yg lain.”
“Walaupun hanya sehelai daun yang jatuh dari pokok, ia bukan ciptaan yang sia-sia.”
“Digalakkan utk hadir ke suatu tempat bilamana mengetahui mereka yg dekat dgn ALLAH SWT hadir di situ.”
“Lazimkan diri dgn perkara-perkara baik utk perolehi penghujung yang baik (khusnul khotimah)”
“Orang yang dipuji oleh Allah, adalah orang yang menahan marahnya.”
“Tiada permasalahan yg kita alami didunia ini yg tiada cara penyelesaiannya, semuanya pasti ada cara jalan penyelesaiannya.”
“Jika dapat nikmat, kita syukur dan kita sabar. Jika dapat musibah, kita sabar dan kita syukur.”
"Orang yang dapat mengubati penyakit hati, ianya bukan ada di hospital, bukan ada di klinik, tetapi ada pada baginda Rasulullah SAW.
"Bilamana kamu mahu memuji seorg budak kecil kerana kecomelannya, hendaklah berkata 'MasyaAllah' terlebih dahulu.”
"Kehadiran para ulamak adalah umpama hujan yang menghidupkan hati-hati yang keras,
yang perlu disirami dengan siraman kerohanian… "
"Jika mahu mengamalkan sesuatu sunnah, amal sikit-sikit dahulu, takut hari ni buat semua, esok demam, lusa tak buat dah.."
“Tanda seseorang itu cinta kepada Rasulullah SAW, dia sentiasa mengikuti segala sunnah Rasulullah dalam apa kerja sekalipun.”
“Jika kamu mahu seseorang itu berubah, jangan pernah berhenti berdoa untuknya.”
“Nabi bersabda: Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, maka kamu akan banyak menangis dari banyak ketawa.”
“Bagaimana mahu berada dekat dengan Rasulullah SAW di sana (di akhirat) jika di sini (di dunia) tidak mahu dekat dengan Rasulullah?”
“Bergembiralah pada bulan kelahiran Rasulullah SAW. Perbanyakkan selawat, menyebutkan keperibadian Rasulullah SAW.”
“Membela rambut (bagi lelaki) kerana ingin mengikut / meniru kepada Rasulullah SAW, perlulah jujur dan bukan kerana trend.”
“Pada hari Jumaat ada satu waktu dimana bila berdoa, doa tidak akan ditolak.”
"Takkan sempurna iman seseorang kecuali dengan mencintai, menyayangi baginda Rasulullah SAW"
"Orang yang paling dekat dengan Allah, adalah orang yang banyak manfaatnya kepada orang lain."
"Kita berzikir kepada Allah, Allah berzikir nama kita."
“Tanda seseorang itu cinta kepada Rasulullah SAW, dia sentiasa mengikuti segala sunnah Rasulullah dalam apa kerja sekalipun.”
“Bilamana kamu mahu memuji seorang budak kecil kerana kecomelannya, hendaklah berkata 'MasyaAllah' terlebih dahulu.”
"Kehadiran para ulamak adalah umpama hujan yang menghidupkan hati-hati yang keras, yang perlu disirami dengan siraman kerohanian… "
"Rida' itu adalah kain yg diletakkan di bahu. tidak jadi masalah jika digunakan untuk menjadi alas ketika sujud DENGAN SYARAT, rida' itu tidak turut bergerak ketika kamu bersujud"
"Allah larang orang memanggil Rasulullah dengan panggilan 'Muhammad' sahaja. sedangkan dalam al Quran Allah memanggil Rasulullah dengan gelaran yang baik"
"keinginan Rasulullah untuk bertemu dengan kita MELEBIHI keinginan umat zaman tersebut untuk bertemu Rasulullah"
"Ummu Sulaim mnceritakan bahawa keringat Rasulullah umpama kilauan mutiara. lalu diambil olehnya (Ummu Sulaim) untuk dijadikan barakah buat anak-anaknya"
“Bilamana ada orang memuji kita, lihatlah kekurangan diri kita.”
Kisah Tempat Tinggal Roh
Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Roh itu menuju ke tujuh tempat" :-
1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3. Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari kiamat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUIZHmVmim_9apjoA9TdabAgUV709MqTdfwqzDuqGZXia4Fy5VZFHeUYTkftJRhz7a1svy7emksBvDe40BKe9XBiJJ0koS6QsQXiMJkDPXkZDubT5GrSjX03unirjv7f96NkfYU_sWTkqL/s320/2986076.jpg)
Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang yang puasa hari Arafah.
Wednesday, 2 January 2013
Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah
Assalamu'alaikum..
Seperti yg kita tahu, kebanyakan muslimin di seluruh dunia ni mengidamkan seorang serikandi yg solehah.
Tapi, apa yg kita dapat lihat pada hari ni. semakin ramai muslimat yg tidak mahu menjadi solehah.
Kenapa ek?
Salah satu sebabnya, mereka terlalu lalai dengan dunia semata-mata. Mereka tak tahu bahawa jadi MUSLIMAH SOLEHAH ni, sangatlah mulia di sisi Allah SWT.
Hari ni, ana ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai ganjaran untuk Isteri yg Solehah. InsyaAllah.
[gambar hiasan]
Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah
a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)
[gambar hiasan]
Subscribe to:
Posts (Atom)