Monday, 31 December 2012

Adat mencium dahi isteri selepas akad boleh ditukarkan meletakkan tangan di atas ubun isteri


Adat mencium dahi isteri selepas akad boleh ditukarkan meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini.. iaitu Sunnah Rasulullah :) Mudah- mudahan dikurniakan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah insya ALLAH


Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”.

[Abu Daud, Ibn Majah].





bila cakap pasal kahwin ni... hehe. yes, semua org nak kahwin. tapi kahwin bukan sekadar suka2 je tuan-tuan. Bila seorang muslim itu melafazkan akad nikah ke atas isterinya, maka bermula lah tanggungjawab yang lebih berat ke atas muslim tersebut. ingat ye!



Qasidah al-Habib Ahmad bin Umar bin Sumait

Teks Qasidah yang dibawa oleh al-Habib Ahmad bin Umar bin Sumait. Qasidah ini kebiasaannya dibaca selepas Majlis-majlis Ilmu diadakan. Semoga kita dapat mengamalkannya. Insya Allah


Jadual Kuliah TG Syeikh Nuruddin Marba al-Banjari al-Makki

Berikut ialah Jadual Kuliah yang akan diadakan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki sepanjang bulan Januari 2013. Semoga kita semua turut dapat 'ceduk' ilmu dan 'tumpang' berkat Tuan Guru. Insya Allah.







Sebarang perubahan saya akan hebahkan. Insya Allah

Program 'edar risalah' sempena tahun baru 2013~



Tempat : MAIM (berkumpul), Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan
Masa : 8.00 pm (berkumpul, solat Isyak dan briefing), 10.00 pm - 11.00 pm (gerak kerja)
Tarikh : 31 Disember 2012 (malam)
Kumpulan sasaran : Remaja






Harapan kami supaya manusia tidak kira daripada mana-mana fikrah atau fahaman yang berbeza supaya dapat turun memeriahkan dan merealisasikan objektif dakwah iaitu "Amal Maaruf Nahi Mungkar" di malam Tahun Baru ini. Wallahu a'alam. Sekian dimaklumkan, terima kasih atas kerjasama...

Hebahan Mengenai Daurah 2013



Assalamualaikum..

Sukacita ana ingin menghebahkan program Daurah yang diadakan di Madrasah Baitul Qurra, Sungai Udang, Melaka.

Ana berharap agar muslimin dan muslimat dapat turut serta dan seterusnya menghebahkan kepada saudara kita yg lain.

Tuntut Ilmu itu Jihad!









Semoga kita dapat mengikuti majlis ilmu ini. 
Insya Allah.

Hebahan Mengenai Kedatangan Ulama Syria


Berita baik untuk orang Melaka (khususnya)

Jemputan untuk semua ke TAMAN SYURGA..!! Kepada tuan-tuan budiman terutamanya sekitar Negeri Melaka, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meraih berkat dari kedatangan Ulama Besar Syaria ini... 


Disamping mendapatkan maklumat terkini perkembangan saudara kita di SYRIA...





Saya harap agar kita sama-sama dapat menghadiri majlis yg penuh barakah ini.
Insya Allah

Wednesday, 28 November 2012

Doa Maulid Ad- Diba'ie (terjemahan)


                               بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam. Ya Allah selawat dan salamMu atas penghulu kami Muhammad dan atas keluarga serta sahabatnya sekelian.
Mudah-mudahan Allah jadikan saya dan kamu sekelian dari golongan orang yang mendapat syafaatnya; dan mengharapkan daripada Allah belas kasihan dan rahmatNya. Ya Allah dengan kehormatan Nabi yang mulia ini dan keluarga serta sahabatnya yang berjalan atas petunjuk yang kukuh.
Jadikanlah kami sekelian sebaik-baik umatnya. Himpunkanlah kami esok (Hari Mahsyar) didalam kumpulannya. Pergunakanlah lidah-lidah kami dalam memuji dan membelanya. Hidupkanlah kami dalam keadaan berpegang dengan sunnahnya dan ketaatannya, dari segala fitnah dunia.
Ya Allah jadikanlah Rasul yang mulia ini orang yang memberi syafaat kepada kami. Matikanlah kami dalam kecintaan kepadanya dan dalam jemaahnya. Ya Allah masukkanlah kami kedalam syurga bersama-samanya kerana baginda orang yang mula-mula masuk
kedalamnya. Turunkanlah kami dalam mahligainya bersama-samanya kerana bagindalah orang yang mula turun kedalamnya.
Kasihanilah kami dihari dia memberi syafaat kepada makhlok lalu engkau kasihani mereka. Ya Allah berilah kami peluang menziarahinya setiap tahun. Janganlah Engkau jadikan kami dari golongan orang yang lalai dari mengingatiMu dan juga lalai dari mengingatinya walau sekejap kadar terlelap.
Ya Allah janganlah hendaknya ada di majlis kami ini orang yang berdosa melainkan Engkau cuci segala dosanya dengan air taubat; dan Engkau tutupi keaibannya dengan pakaian pengampunan.
Ya Allah pada tahun yang lalu ada ikhwan kami yang tidak dapat menghadirkan diri pada tahun ini kerana dihalang oleh QadhaMu, maka janganlah Engkau haramkan pahala serta ganjaran yang Engkau turunkan pada saat ini.
Ya Allah kasihanilah kami jika kami sudah menjadi ahlilkubur. Berilah kami Taufiq untuk membuat amal salih yang kekal cahayanya sepanjang zaman.
Ya Allah jadikanlah kami orang yang ingat kepada pemberianMu, bersyukur atas nikmatMu, dan ingat kepada Hari Pertemuan denganMu.
Hidupkanlah kami masyghul dengan ketaatan kepadaMu. Kiranya Engkau matikan kami. matikanlah kami tanpa sebarang fitnah atau kekeciwaan. Sudahilah segala perkara kami dengan kebaikan daripadaMu.
Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan orang yang aniaya ( 3 kali ) . Jadikanlah kami orang yang terselamat dari fitnah Dunia, dan kurniakanlah kami dengan sebabnya kedudukan yang tinggi diHari Qiamat kelak.
Ya Allah berilah kami minum dari telaga Nabi Mu Muhammad saw dengan minuman yang melegakan menyebabkan kami tidak rasa haus lagi selepasnya. Himpunkanlah kami dibawah panji-panjinya esok (Hari Mahsyar).
Ya Allah dengan darjatnya disisiMu, ampunilah kami, kedua ibubapa kami, guru-guru kami, orang-orang yang ampunya haq atas kami dan bagi siapa yang mengadakan majlis yang baik pada saat ini serta sekelian mukminin mukminat, muslimin muslimat samada yang masih hidup mahu pun yang sudah wafat.
Sesungguhnya Engkau memperkenankan segala doa, menunaikan segala hajat dan mengampuni segala dosa dan kesalahan.
Ya Tuhan yang amat Pengasih dari semua yang kasih. Selawat dan salam Allah atas penghulu kami Muhammad dan atas keluarga serta sahabatnya.
Maha suci Tuhan mu yang mempunyai kemuliaan dari segala apa yang mereka sifatkan.Ucapan salam atas sekalian Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.